Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) - 9 Februari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Latar Belakang

MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.

Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.


Jawatan:

1. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19

2. PEMBANTU PENILAIAN W19

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) N19

4. PEMBANTU KENDERAAN GRED H11

5. PEMBANTU AWAM GRED H11


Cara-Cara Memohon:

CARA MEMOHON :
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut : http://bit.ly/2G0noKh atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

PERHATIAN :
(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian / ditemuduga.
(ii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas TIGA (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Februari 2019


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Melalui JobsMalaysia

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) - 9 Februari 2019"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel