Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) - 31 Jan 2019
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman, Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. ARKITEK (GRED J41)
2. PEGAWAI VETERINAR (GRED GV41)
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) (GRED N19)
Sebelum atau pada 31 Januari 2019 (Khamis)
2. PEGAWAI VETERINAR (GRED GV41)
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) (GRED N19)
Sebelum atau pada 31 Januari 2019 (Khamis)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah Penubuhan
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terletak di bahagian selatan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu gerbang masuk ke negeri ini. Secara umumnya lokasi Majlis Perbandaran Kemaman adalah bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang.
Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa Pertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan salah satu cabaran kepada Majlis Perbandaran Kemaman terutama Fasa Kedua yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu.
Kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi di Kemaman adalah cukup ketara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terutama di sektor industri berasaskan petroleum dan gas. Ianya menjadi tunjang pembangunan sektor perindustrian di samping galakan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sektor perindustrian lain di negeri Pantai Timur Semenanjung.
0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) - 31 Jan 2019"
Catat Ulasan