Jawatan Kosong Terkini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 11 Feb 2019

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-



Jawatan:


1. Perancang Bahasa Gred S41


2. Juruaudit Gred W41


3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


4. Penolong Perancang Bahasa Gred S29


5. Penolong Akauntan Gred W29


6. Jurufotografi Gred B19


7. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan DBP (Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent. 27/99). Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP
di http://www.dbp.gov.my atau melalui link di bawah:


Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


Tarikh tutup: 11 Februari 2019


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 11 Feb 2019"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel