Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 1 Februari 2019
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Latar Belakang
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih , Mukim Beranang & Mukim Hulu Langat.
Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.
Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang adalah seluas 78,761 hektar (787.61 km persegi).
Majlis Perbandaran Kajang sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha mensejahterakan hubungan dengan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah pemegang berkepentingan yang menyusun dasar-dasar yang merangkumi pelbagai aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan untuk digunapakai oleh PBT seluruh negara termasuk MPKj.

Like Page Khas - Kerja Kosong di SelangorJawatan:
1. AKAUNTAN WA41 - 2 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 1 Kekosongan
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 - 14 Kekosongan
4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 - 2 Kekosongan
5. PEMBANTU AKAUNTAN W19 - 2 Kekosongan
6. PEMBANTU PENILAIAN W19 - 3 Kekosongan
7. PEMBANTU JURUAUDIT W19 - 1 Kekosongan
8. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 - 3 Kekosongan
9. PEMANDU KENDERAAN H11 - 6 Kekosongan
10. PEMBANTU AWAM H11 - 16 Kekosongan
Cara memohon:
1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my. (atau melalui link admin sediakan di bawah)
2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
i . Salinan Kad Pengenalan.
ii . Sijil Kelahiran.
iii . Sijil-sijil Persekolahan.
iv . Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.
3. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
4. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
5. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.
6. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.
7. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.
8. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)
Tarikh Tutup Permohonan : 01 Februari 2019 (Jumaat)
0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 1 Februari 2019"
Catat Ulasan