Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) - 6 Disember 2018
Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ)
Sejarah Penubuhan
Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963. LPJ telah memulakan operasinya pada tahun 1977 dan ianya merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas. Semenjak penubuhannya, LPJ telah mengalami perkembangan yang amat memberangsangkan. Pada tahun 1995, operasi pelabuhan telah diswastakan di bawah Akta Penswastaan 1990 dan bermulalah fungsi LPJ sebagai badan kawal selia terhadap operasi yang dijalankan di pelabuhan.
Di atas keperluan dan permintaan yang tinggi di samping kawasan pantai di Pasir Gudang yang terhad, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi membuka satu lagi pelabuhan di Tanjung Pelepas, di sebelah barat negeri Johor. Pihak kerajaan juga telah meluluskan sebuah syarikat swasta bagi merancang, membina, mengendali dan menguruskan pelabuhan tersebut. Projek pelabuhan kedua tersebut telah dimulakan pada tahun 1995. Pada tahun 1999, fasa 1 telah disiapkan dan ianya telah memulakan operasinya pada Oktober 1999.
Like Page Khas - Kerja Kosong di JohorJawatan:
1. Programmer Gred PP4
2. Programmer Gred PP6
Cara memohon:
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Pelabuhan Johor (http:www.lpj.gov.my) (boleh muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah) dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke :
PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
JALAN MAWAR MERAH 2,
PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG 2
81700 PASIR GUDANG
Semua permohonan hendaklah lengkap dengan Salinan Sijil, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang disahkan. Dilampirkan senarai semak untuk dikepilkan bersama borang permohonan.
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Disember 2018
0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) - 6 Disember 2018"
Catat Ulasan